Slide

Monday, November 4, 2019

Mesyuarat AJK e-Learning


Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Ketua Pegawai e-Pembelajaran POLIMAS iaitu En Abdul Aziz Bin Ab Nasir telah diadakan pada 3 Oktober 2019 di Bilik TECC 1, POLIMAS. Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara berbangkit dan aktiviti e-Pembelajaran bagi sukuan kedua Sesi Jun 2019. 


Carta Organisasi AJK e-Learning POLIMAS

Monday, September 30, 2019

Latihan Peningkatan Kemahiran Mobile Learning Application

Latihan Peningkatan Kemahiran Mobile Learning Application telah diadakan pada 7 Ogos 2019 di Politeknik Metro Tasik Gelugor. Latihan ini telah dihadiri oleh 6 ahli jawatankuasa e-Learning yang terdiri dari Admin CIDOS dan penyelaras e-Learning jabatan. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan struktur baharu Learning Management System versi 3.5.



Bengkel Penyediaan BLDT dan BLFR

Bengkel penyediaan BLDT dan BLFR telah diadakan pada 31/7- 1/8/2019 di makmal komputer POLIMAS. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan cara untuk melengkapkan borang Blended Learning Distribution Table (BLDT) dan Blended Learning Fullfilment Record (BLFR).


Monday, September 16, 2019

Bengkel Augmented Reality (AR)

Bengkel ini telah di adakan pada 20-21 Mei 2019 bertempat di TECC Room POLIMAS yang dihadiri oleh 15 peserta terdiri daripada penyelaras e-learning jabatan dan unit.


Sesi latihan peningkatan kemahiran Learning Management System (LMS) Politeknik Malaysia

Sesi latihan ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada 22-24 April untuk Admin CIDOS dan 24-26 April untuk Master Trainer Politeknik bertempat di Hotel Geno, Subang Jaya. Pelbagai isu di ketengahkan dan pihak BIPD akan memaklumkan semula secara rasmi penggunaan portal dan LMS 3.5.
Pihak "technical team" juga sedang membuat baik pulih bagi LMS 2.5 bagi membenarkan pensyarah membuat "backup platform" masing-masing.



Majlis perpisahan En Asmady Dawari, Pn Azlin Yahya dan En Muhamad Abdullah

Majlis diadakan di Nenda Cafe bagi meraikan En Asmady (Pegawai e-Learning POLIMAS) yang akan bersara wajib pada 1 Mei 2019. Manakala Pn Azlin (Penyelaras e-learning JKE) akan bertukar ke Politeknik Ibrahim Sultan berkuatkuasa pada 2 Mei 2019. Begitu juga En Muhamad (Penyelaras e-Learning UIDM) yang akan bertukar ke Politeknik Banting. Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada mereka yang banyak membantu menggerakkan jentera e-Learning POLIMAS. Di doakan segala urusan kalian dipermudahkan dan selamat maju jaya di tempat baru.



CeLT - Center for e-Learning and Teaching

"Inspiring Learning" - CeLT (Center for eLearning and Teaching) is the conceptual name for the Digital Learning Unit under the purview of The Instructional and Digital Learning Division, The Department of Polytechnic Education, Ministry of Higher Education Malaysia. 
CeLT is created to engage and assist the deployment of the eLearning/Blended Learning agenda in all thirty three (33) Malaysian Polytechnics. Its headquarters is in Putrajaya, CeLT also has a production studio which is located at Politeknik METrO Kuala Lumpur.
CeLT believes in the use of technology for the purpose of enabling learning, and never should learning be driven by the advancement of technology, hence its motto, - Inspiring Learning.